25 Ogos
25 Ogos
Detik di mana
Kehilangan tiada gantinya
Pemergian insan disayangi
Yang tak mungkin kembali
Menghiris hati nan sepi
25 Ogos
Waktu di mana
Perginya seorang insan
Yang pernah mengajar erti
Kehidupan
Kasih sayang
Kepada diri ini
25 Ogos
Saat di mana
Aku kehilangan dan ketandusan
Kasih seorang insan
Yang amat berjasa
Dalam hidupku
25 Ogos
Ketika aku
Mula mengatur langkah
Melengkapkan diri
Untuk masa hadapan
Berbekalkan pengajaran
Dan didikanmu
Abah,
Dirimu tetap bersemadi dihati ini
Hanya Al-Fatihah dapatku
Berikan tanda kasihku
Padamu........
Especially Dedicated To My Lovely Late Father,
Kamaruddin Bin Haji Ismail.
No comments:
Post a Comment