assalamualaikum....
juz utk peringatan kita bsama........^_^
MAJLIS PERKAHWINAN DAN TUNTUTAN AGAMA 
Melalui riwayat Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah, Rasulullah  s.a.w bersabda yang bermaksud: 
“Sesiapa yang tidak menghadiri undangan, dia telah menentang Allah dan  Rasul-Nya.” 
Manakala, ulama mazhab Shafie menegaskan bahawa memenuhi undangan  menjadi kewajipan namun bergantung kepada keadaan majlis itu sama ada ia  mengundang dosa atau mendapat pahala melaluinya. 
Islam menetapkan agar sesuatu undangan itu wajib dihadiri atas alasan :   
1. Orang yang mengundang adalah mukalaf ( orang yang telah cukup umur  dan diwajibkan mematuhi hukum-hukum Islam), merdeka serta sihat  pemikirannya. 
2. Tidak dikhususkan kepada orang-orang kaya sahaja. 
3. Orang yang mengundang beragama Islam. 
4. Tidak ada kemungkaran dalam majlis berkenaan. 
5. Orang yang diundang tidak mengalami keuzuran syarie. 
Namun, syarat wajib menghadiri undangan itu akan menjadi haram atau  tidak boleh dihadiri atas sebab-sebab seperti yang berikut: 
1. Jika Majlis menyediakan minuman yang memabukkan, hiburan yang  melalaikan dan maksiat yang terang-terangan bertentangan dengan syarak. 
2. Tuan rumah yang mengundang berlatarbelakangkan sifat yang keji seperi  kaki judi, bapa ayam atau pelaku maksiat. 
3. Jika yang menjemput bukan Islam. 
4. Membezakan orang miskin dan kaya dalam majlis yang diadakan. 
5. Makanan dan minuman yang dihidangkan haram di sisi Islam 
6. Jika kad atau surat jemputan bersifat umum seperti diletakkan di  balai raya, masjid, pejabat atau lain-lain atas nama semua rakan dan  bukannya bersifat khusus. 
7. majlis yang tidak diiringi dengan doa pembuka atau penutup serta  tiada bacaan al-Quran walau sepatah ayat. 
8. Majlis yang diadakan dipenuhi dengan pembaziran sehingga menonjolkan  sifat riak dan sombong kepada yang menjemput. 
Ini adalah antara perkara yang wajar diteliti oleh individu yang  mengadakan sesuatu majlis yang memerlukan kehadiran tetamu untuk  meraikannya. Perkara ini juga wajar diteliti oleh mereka yang ingin  memenuhi undangan sesuatu majlis.
No comments:
Post a Comment