sumber:http://www.brunet.bn/gov/mufti/irsyad/pelita/2000/ic23_2000.htm
Pada       kebiasaannya, apabila ada kematian, majlis tahlil atau kenduri arwah akan       diadakan oleh keluarga orang yang telah meninggal dunia. Keluarga tersebut       menjemput orang-orang hadir yang terdiri daripada keluarga, sanak saudara       dan sahabat handai ke rumah si mati bagi membacakan ayat-ayat Al-Qur‘an       seperti surah Yasin, bertahlil dan sebagainya untuk dihadiahkan pahalanya       kepada si mati. Selepas acara tersebut semua tetamu yang hadir dijemput       untuk menikmati jamuan yang telah disediakan oleh tuan rumah. Apakah       amalan sedemikian sesuai dengan kehendak hukum syarak?
Sebagaimana yang kita ketahui, agama Islam sangat menggalakkan berbuat kebajikan seperti bersedakah, memberi makan dengan mengundang orang ke rumah dengan tujuan silaturahim, membaca ayat-ayat Al-Qur‘an dan berdoa beramai-ramai memohon rahmat bagi si mati dan sebagainya. Hal ini dijelaskan oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala dalam firmanNya :
Sebagaimana yang kita ketahui, agama Islam sangat menggalakkan berbuat kebajikan seperti bersedakah, memberi makan dengan mengundang orang ke rumah dengan tujuan silaturahim, membaca ayat-ayat Al-Qur‘an dan berdoa beramai-ramai memohon rahmat bagi si mati dan sebagainya. Hal ini dijelaskan oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala dalam firmanNya :
Tafsirnya: “       Dan (ingatlah) apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk       diri kamu , tentulah kamu akan mendapat balasannya di sisi Allah, sebagai       balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya”.
(Surah       Al-Muzzammil: 20) 
                  Menurut Ibnu       Hajar, adalah sunat bagi jiran si mati sekalipun bukan berasal dari       negerinya atau bukan ahli keluarga si mati menyediakan makanan yang boleh       mengenyangkan ahli keluarga si mati pada hari tersebut hingga ke malamnya.       Begitu juga sunat bagi keluarga si mati yang jauh berbuat demikian kerana       ahli si mati ketika itu diselubungi oleh kesedihan di atas kematian       tersebut. (Hawasyi Al-Syarwani dan Ibnu Qasim (Al-Tuhfah) : 3/207) 
    Jika       dilihat kepada kebiasaan kenapa majlis kenduri arwah itu diadakan, ialah       bertujuan untuk memohon rahmat kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala bagi si       mati dengan mengajak dan membawa orang ramai khususnya sanak saudara       supaya berdoa untuk si mati supaya si mati mendapat rahmat daripada doa       tersebut; selain itu ia mengeratkan lagi hubungan persaudaraan       (silaturahim) di kalangan sanak saudara dan kerabat serta jiran. Maka dari       sudut ini mengadakan majlis kenduri arwah itu adalah suatu perbuatan yang       baik dan digalakkan oleh Islam. 
                  Walau       bagaimanapun, supaya tujuan kenduri tersebut selaras dengan kehendak       agama, janganlah ia dianggap bahawa ia dibuat sebagai suatu perkara hak       bagi si mati yang mesti ditunaikan oleh keluarganya. Begitu juga jamuan       itu jangan dianggap sebagai suatu perkara agama yang di syari‘atkan. 
                  Jelasnya,       mengadakan kenduri arwah dan membuat jamuan itu jika tujuannya untuk       membalas budi baik kepada orang dan jiran kepada si mati serta       menghubungkan silaturahim tidaklah menjadi kesalahan dalam agama. Yang       lebih elok dan sunat pula, apabila kaum kerabat dan jiran menghantar       makanan kepada ahli si mati sebagai tanda simpati untuk meringankan beban       mereka kerana ahli si mati ketika itu dalam keadaan sibuk menguruskan       perkara-perkara si mati. Inilah yang sebenarnya wajar dilakukan oleh orang       Islam dalam usaha meringankan bebanan keluarga si mati dan di antara cara       menghiburkan mereka. Inilah juga perkara yang disuruh oleh Rasulullah       Shallallahu ‘alaihi wasallam ketika sampai kepada Baginda berita       kematian Ja‘afar bin Abi Talib, Baginda bersabda : 
                Maksudnya:       “Buatkanlah makanan oleh kamu untuk ahli keluarga Ja‘afar yang telah       meninggal, (kerana) telah datang kepada mereka perkara yang membuat mereka       sibuk (disebabkan ditimpa kematian itu)”.
(Hadis riwayat Ibnu       Majah) 
                  Berdasarkan hadis       di atas adalah jelas bahawa menyediakan makanan oleh jiran atau keluarga       sama adatau yang jauh kepada ahli keluarga si mati adalah perbuatan yang       terpuji kerana berbuat begitu menzahirkan perasaan simpati, kasih sayang,       silaturahim dan mengambil perhatian terhadap keluarga si mati. Di samping       itu juga dianggap sebagai meringankan beban dan menghiburkan keluarga yang       ditimpa kesedihan. 
                  Di negara kita,       timbul pula budaya baru dalam usaha meringankan beban dan menghiburkan       keluarga yang ditimpa kematian itu. Namun caranya bukan dengan       menghantarkan makanan, tetapi dalam bentuk yang lain iaitu memberikan       sampul-sampul surat sambil menziarahi keluarga dan mayat. Sampul-sampul       itu berisi wang yang berbeza-beza jumlahnya untuk diberikan kepada       keluarga si mati, sebagai tanda simpati. Yang lebih menarik lagi, ianya       bukanlah terhad dilakukan oleh kaum kerabat dan jiran-jiran sahaja,       malahan juga rakan taulan dan siapa sahaja, dengan tidak mengira jauh       ataupun dekat. Budaya seumpama ini sesuai dengan kehendak sunnah seperti       di atas yang wajar kita amalkan dan kekalkan.
Sebahagian orang       mengadakan kenduri arwah ini sehingga empat puluh hari. Amalan sedemikian       nampaknya tidak bertentangan dengan apa yang diriwayatkan oleh Mujahid       apabila seseorang itu mati maka langit dan bumi akan menangis di atas       kematiannya selama empat puluh pagi, kerana bumi dan langit kehilangan       seorang hamba Allah yang sentiasa mengimarahkan bumi dengan ruku‘ dan       sujud. Manakala langit pula kehilangan ucapan tasbih dan takbir. Menurut       Ali dan Ibnu ‘Abbas Radhiallahu ‘anhuma bahawa apabila seorang mukmin       meninggal dia ditangisi oleh tempat ibadatnya di bumi dan tempat naik       amalnya yang baik di langit. (Al-Qurtubi: 16/130) 
                  Islam sangat       menggalakkan orang hidup terutama kepada anak-anak dan keluarga terdekat       yang lain supaya sentiasa membaca Al-Qur‘an, doa dan zikir dan       menghadiahkan pahala bacaan tersebut kepada keluarga, sanak saudara dan       sahabat handai yang telah meninggal. Pada hakikatnya pembacaan       Al-Qur‘an, bertahlil dan seumpamanya itu tidak hanya terhad atau terikat       dengan tujuh hari, empat puluh hari atau disebut sebagai makan haul,       bahkan bacaan-bacaan tersebut sepatutnya sentiasa diamalkan sepanjang masa       supaya ibu bapa dan keluarga yang telah meninggal itu mendapat rahmat,       ketenangan dan kebahagiaan sebagaimana yang dinanti-nantikan oleh mereka.       Hal ini telah digambarkan dalam sebuah hadis:
     Maksudnya: “Umpama orang mati itu     dalam kuburnya seperti orang karam yang berpaut dengan apa sahaja, dia     menanti doa daripada anak, atau bapa atau saudara atau kerabat, dan     sesungguhnya doa itu masuk ke dalam kubur si mati (iaitu) doa daripada orang     yang hidup yang berupa cahaya seperti gunung besarnya”.      
                  Rasulullah       Shallallahu ‘alaihi wasallam juga menyatakan bahawa tiap-tiap seorang       hamba Allah mempunyai dua pintu di langit, sebuah pintu tempat amalnya       naik dan sebuah lagi tempat rezekinya turun; maka apabila seseorang mukmin       itu mati, ternyata kehilangannya oleh kedua pintu itu, lalu menangisinya.       Perkara ini telah diriwayatkan oleh Anas Radhiallahu ‘anhu, sebagaimana       Baginda bersabda:
Maksudnya:       “Orang mukmin itu mempunyai dua pintu, satu pintu bagi amal kebajikannya       naik ke langit dan satu pintu tempat turun rezekinya daripada langit. Maka       apabila seseorang itu mati kedua-dua pintu itu menangis. Oleh kerana itu       Allah Ta‘ala berfirman: “Mereka itu (Firaun dan orang-orang yang tidak       melakukan amal kebaikan di muka bumi ini, ketika dibinasakan) tidak       ditangisi oleh langit dan bumi (atau penduduk keduanya) dan mereka pula       tidak diberi tempoh lagi”
(Hadis riwayat       Al-Tirmizi)
     
No comments:
Post a Comment